Hujan kat luar. Ini masa rehat saya. Bila abah ada medical appointment, so this is it. Balik nnti jumpa my lovely, mesin jahit sayang. Baru perasan. Bila kita kembali pada Maha Pencipta, kita tidak lagi menangis untuk manusia. Kita? Aku kot. Tidak lagi memikirkan perasaan cinta atau jodoh. Walau perasaan semulajadi itu seringkali menjengah. Lalu cepat2 kutepis, agar rasa itu tidak melebihi rasa cintaku pada Maha Pencipta. Runsing sekali mengenangkan diri yg belum sempurna ibadahnya. Apa sumbangan aku untuk ummah? Setelah aku tiada, ingatkah manusia pada ku, pada sumbanganku pada ummah, sedang tiada apa yg telah aku sumbangkan. Bisnes masih sedang merangkak lesu. Mungkin Allah sedang mengatur sesuatu untuk aku, aku tidak tahu. Aku cuma perlu usaha untuk lakukan sesuatu yg lebih baik, lebih cepat dari semalam. Aku perlu sabar. Tp kena usaha juga.
Meniti memori semalam, memori waktu berada di garis masa jahiliyah, byk yg telah aku lalaikan, ibadahku, kebergantunganku pada Pencipta tidak ada. Seolah tidak pernah wujud. Begitu cintanya aku pada dunia, seolah tiada syurga dan neraka. Hidup waktu itu bagai syurga bagiku, waktu aku gembira, bagai neraka waktu aku sedih dan kecewa. Lantas aku diuji dgn ujian yang maha hebat. Ujian yang menyedarkan tapi hanya seketika. Kerana dihanyutkan sekali lagi oleh bisikan syaitan laknatullah. Hingga suatu ketika, aku kembali tersedar dari mimpi lena. Hidup ini untuk apa? Untuk beribadah kepadaNya. Hanya untuk Dia. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku, hanya untuk Allah..