Sunday, March 29, 2015

Secebis rasa...

Baru habis kursus sehari. Dah lama tak g kursus. Rindu rasanya nak belajar semula. Belum puas hidup lagi rasanya. Banyak lagi perkara yang aku tidak tahu. Yang belum aku pelajari. Yang belum aku kecapi . Aku masih tidak tahu . Apa sebenarnya yang ada di luar sana. Aku masih mencari dan tercari2. Apa tujuan aku hidup, selain untuk beribadah kepada Allah, apa lagi yang perlu aku buat. Apa lagi yang perlu aku cari. Untuk mencari kepuasan diri. Untuk mencari diri. Lalu apa lagi. Untuk aku mengubah diri. Aku sesekali mungkin hanyut dibuai rasa. Kerana aku manusia biasa yang tidak tetap imannya. Yang terkadang hilang dalam adab bicara dan tindakan. Tapi aku masih sedar dalam penyesalan. Berusaha untuk membetulkan setiap kesilapan,, yang terkadang aku juga tidak dapat melakukan apa2. Namun, aku yakin dan percaya, bahawasanya Allah sentiasa melihat dan memerhatikanku, sentiasa disisiku, walau di saat aku melupainya. Walau di saat aku leka dan lalai untuk berzikir kepadaNya. ALLAH sentiasa ada dalam hatiku..... sentiasa ada... lailahailallah... Shared from Handy Diary

Sunday, March 22, 2015

Allah..

Aku tidak akan membela orang2 yang tidak aku kenali. Tapi aku akan membela agama Allah, dan orang2 yang mendukung Islam, yang memperjuangkan hukum Allah... semoga hidup kita semua diberkati Allah.. Shared from Handy Diary

Sunday, March 8, 2015

Lately...

Kebelakangan ni byk perkara yg tak ok terjadi.. pernah... off to work dgn sangat murung, tp demi kerja n customer n staffs sanggup ketepikan rasa tu.. rrisau dgn economy syarikat.. untung x byk,,  terfikir gak sampai bila nak mcm ni.. then made up mind... pegi shopping.. blanja staff.. n beli handphone baru hahahaha. Unstable emotions has gone. So, kita enjoyyyyyy!!!!