Sunday, March 29, 2015
Secebis rasa...
Baru habis kursus sehari. Dah lama tak g kursus. Rindu rasanya nak belajar semula. Belum puas hidup lagi rasanya. Banyak lagi perkara yang aku tidak tahu. Yang belum aku pelajari. Yang belum aku kecapi . Aku masih tidak tahu . Apa sebenarnya yang ada di luar sana. Aku masih mencari dan tercari2. Apa tujuan aku hidup, selain untuk beribadah kepada Allah, apa lagi yang perlu aku buat. Apa lagi yang perlu aku cari. Untuk mencari kepuasan diri. Untuk mencari diri. Lalu apa lagi. Untuk aku mengubah diri. Aku sesekali mungkin hanyut dibuai rasa. Kerana aku manusia biasa yang tidak tetap imannya. Yang terkadang hilang dalam adab bicara dan tindakan. Tapi aku masih sedar dalam penyesalan. Berusaha untuk membetulkan setiap kesilapan,, yang terkadang aku juga tidak dapat melakukan apa2. Namun, aku yakin dan percaya, bahawasanya Allah sentiasa melihat dan memerhatikanku, sentiasa disisiku, walau di saat aku melupainya. Walau di saat aku leka dan lalai untuk berzikir kepadaNya. ALLAH sentiasa ada dalam hatiku..... sentiasa ada... lailahailallah...
Shared from Handy Diary
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment